Monday, June 9, 2008

trip ke kebun 7/6/08 durian time

akum semua , hari sabtu hari tu azhar gi kebun kat sengkang,bukit gambir , sbb dpt tips(info) dari akak aa yg durian dah mula gugur
so pagi sabtu azhar start keta dan mula perjalanan ke kebun kat sengkang tu

Photobucket

sebenarnya tak jauh pun sg.mati dgn sengkang,bukit gambir tu , dlm 15min jer dah sampai .. so bila sampai jer , azhar jumpalah contact person , pakcik jasni , dia ni yg tolong tgkkan dusun durian tu , oleh kerana kebun tu rumput dia ok , dia jagakan sambil bagi makan lembu dia (21 ekor ,antaranya 2 ekor tu ialah anak lembu).. ni gambar rumah dia

Photobucket

so jumpa pakcik jasni , dia pun ajaklah azhar masuk kebun dan tgk pokok durian tu, tanah tu seluas 1.25 ekar , memanjang kebelakang

Photobucket

so 1.25 ekar full of pokok durian yg buah nyer dah mula ranum , tunggu masa nak gugur jer , cuba bayangkan buah dia mcm ni

Photobucket

dan sebanyak ni , setiap pokok tu

Photobucket

(cuba kira berapa banyak buah durian yg nampak tu and then x 30 pokok lebih .. fuh .. banyak tuuuuu , ada pokok tu setiap dahan ada buag dan buah durian beratur sampai lentok dahan tu)

so time azhar dtg tu , ada lebih kurang dlm 10 biji durian .. pakcik jasni tolong angkat masuk bonet kereta kancil azhar

Photobucket

pakcik jasni ckp , pokok durian ni , ialah pokok kahwin (durian kampung kahwin durian siam kot), isi kuning emas dan sedaaaapppppssss hehehehe .. so lepas jumpa pakcik jasni , azhar pun balik , dlm kepala dah tak sabar2 nak makan durian ,bayangkan kereta kancil ni mcm citer THE FAST AND THE FURIOUS bawak laju sbb nak makan durian (nasib baik kancil ni takde NOS hehehehe)

sampai jer rumah , bentang surat khabar lama , dan test bukak satu (sambil on ASTRO tgk HBO)

Photobucket

bila bukak jer .. pergh.. bau dia .. hmmm... air liuq dah leleh dah hehehehe

ok jap , kasik azhar test satu...

Photobucket

pergh... giler best.. bila kuning emas isi durian tu kena jer lidah , rasa satu mulut semerbak durian manis tu dlm mulut sambil kunyah , manis dia mula masuk tekak (susah nak gambarkan)... kalau kena air buah Pair lagi best hehehehe .. so testlah makan , tiba tiba...

Photobucket

dan sedar sedar .. 3 biji azhar makan dlm one trip .. dia punya sedap tu.. fuhhh.. terasa badan pun panas ... tak sangka dia punya best tu sungguh mengasyikkan sampai 3 biji azhar makan.. so verdict , review, dan pendapat juri awam ?

Photobucket

memang best giler !!!! wakakakakakaka

jom balik semua .. lagi seminggu atau dua minggu , semua durian kat atas pokok tu akan gugur .. pakcik jasni ckp tak lama lagi gugur semua ... kalau azhar sorang memang tak larat nak makan tu , boleh dikatakan dlm 3 ke 5 bakul rotan besar isi durian yg boleh dipunggut kalau gugur semua

kalau jadi , balik ah kampung , makan durian sesama sambil minum air pair .. banyak nih woo....

so kalau korang nampak durian jual kat tepi jalan , dkt tesco/giant/carrefour (durian dlm plasterine) dan cadang nak beli

STOP!!!

jangan beli dulu , jom balik muo , makan durian fresh dari dusun bersama2 .. banyak nih woo.. tak larat nak makan sorang hehehehehe

nanti nak balik organize , azhar atau akak contact pakcik jasni suruh kumpulkan durian , nanti kita makan sampai kenyang.. siapa yg mengidam durian , boleh makan 5 biji straight no problem .. sbb banyak nih.. tunggu masa jer buah durian kat pokok tu nak gugur

ok jangan lupa , dateline buah semua gugur ialah dlm 2 atau 3 minggu lagi dari minggu lepas azhar dtg

jom semua .. jom balik muo makan durian.. malam sabtu boleh gi bandar muo makan seafood pula kat SABAK AWOR (sebutan sabak`or)
sambil minum air pair dan jalan jalan kat tanjung muar (tepi pantai tu ) hehehehe

ps: kalau takde org makan , pakcik jasni akan kumpul durian dan jual dkt peraih utk dpt RM , tapi kalau ada org nak balik makan durian , pakcik jasni akan kumpul durian tu special utk kita semua , along, sms abah suruh balik skali makan durian ...
yg benar

Azhar, Kampung boy


ps2 : air pair ialah antara gems (hidden treasure) minuman yg kat tempat lain takde selain dari makanan mee bandung muar

2 comments:

NurulNajmi said...
This comment has been removed by the author.
NurulNajmi said...

encik azhar promote durian.. nyummy nyummy .. da meleleh air liur basi da ni.... ^.^